Nov 16, 2021
SIMPTOM & FAKTOR RISIKO SLIPPED DISC ❕
???? FAKTOR RISIKO :
Obesiti
▶️ Berat badan yang tinggi akan menyebabkan tekanan yang lebih berat kepada cakera intervertebra. Ini akan menyebabkan cakera tersebut lebih senang koyak dan cedera
Pekerjaan
▶️ Mereka yang berkerja melibatkan angkat berat, pindah barang dan sebagainya mempunyai risiko yang lebih tinggi sebab tekanan yang lebih tinggi dikenakan pada tulang belakang
Genetik
▶️ Mempunyai keturunan yang mudah untuk mengalami masalah tersebut
???? SIMPTOM :
✅ Sakit pada bahagian kaki : selalunya akan sakit pada bahagian punggung, peha dan betis.
✅ Rasa kebas dan menyucuk
✅ Lumpuh atau lemah pada bahagian kaki
✅ Kebas tangan jika masalah ini berlaku pada tulang belakang bahagian leher
Credit to Dr Samhan